Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS TAHAN TIGA INDIVIDU TERLIBAT KES LUMBA HARAM MENGGUNAKAN KERETA MEWAH

Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes lumba haram membabitkan dua kereta Mercedes Benz, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, wanita berusia 30-an ditahan di rumahnya.

Manakala, dua lelaki berusia 30-an hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu selepas dipanggil.

“Semua mereka yang bekerja sendiri ditahan antara jam 8 dan 9 malam tadi (kelmarin). Polis turut menahan kedua-dua kenderaan terbabit untuk siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Rahim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba atau menunjuk jaguh sehingga menyusahkan orang lain.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Harian Metro di bawah.

Image may contain: car

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS