Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 2 LELAKI KENA 4 PERTUDUHAN SERANG PEMANDU BAS, POLIS


Johor Bahru, 31 Januari 2020 - Dua lelaki didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini termasuk kerana mendatangkan kecederaan kepada pemandu bas dan menyerang anggota polis, Jumaat lalu.

Mekanik, Lim Kia Pin, 39, dan penjual aksesori kereta, Lai Kok Kong, 32, mengaku tidak bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Bagi pertuduhan pertama, Kia Pin dan Kok Kong dituduh secara bersama-sama berkelakuan tidak senonoh dengan bertindak agresif dan membuat bising ketika berada di Balai Polis Gelang Patah kira-kira jam 4.35 petang, 24 Januari lalu.

Mereka juga dituduh secara bersama-sama menyerang seorang penjawat awam yang juga anggota polis ketika menahan mereka di lokap balai polis yang sama pada jam 5.51 petang, tarikh sama.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan, jika disabit kesalahan serta Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS