Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 'BENCANA' WIFI AWAM

Awas setiap kali pengguna melakukan sambungan internet menerusi jaringan tanpa wayar awam (Public WiFi) kerana ia mungkin sambungan ‘pendua’ yang sengaja dicipta penggodam untuk mendapatkan data peribadi pengguna termasuk maklumat perbankan.

Jika anda gemar melakukan transaksi perbankan tanpa menyemak sambungan internet terutamanya sambungan WiFi awam, ada kemungkinan penggodam sudah mengetahui kata laluan dan maklumat sensitif pengguna untuk dieksploitasi demi mendapatkan wang dengan cara paling mudah.

Pakar keselamatan siber, Encik Fong Choong Fook berkata, penggodam kebiasaannya menyasarkan pengguna yang membuka laman web perbankan elektronik untuk mendapatkan data sebelum digunakan untuk kepentingan peribadi.

“Penggodam boleh menyamar sebagai pelanggan atau pengunjung sesebuah lokasi sebelum mencipta WiFi yang menggunakan nama yang sama dengan premis yang disasarkan tanpa disedari.

“Alatan penghala boleh disimpan di dalam beg penggodam tanpa disedari sesiapa dan pengunjung yang disasarkan pula tidak sedar sambungan Internet mereka sebenarnya WiFi pendua yang khusus dicipta untuk ‘menggali’ data sesiapa saja pengguna yang melakukan sambungan kepada jaringan terbabit.

“Kaedah itu digunakan untuk mengetahui maklumat laman sosial seseorang dan tidak hairan akaun mangsa digunakan untuk memuat naik sesuatu status pelik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Bacaan penuh menerusi https://bit.ly/38QTST9

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS