Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: INDIVIDU INGKAR KUARANTIN BAWA RISIKO KESELAMATAN

Kuala Lumpur, 14 Mac 2020 – Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan individu disyaki dijangkiti COVID-19 supaya tidak melarikan diri apabila diarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dikuarantin atau menjalani pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, tindakan melarikan diri adalah tidak bertanggungjawab yang boleh mendatangkan risiko dan mendedahkan orang lain kepada bahaya.

Dalam situasi penularan COVID-19 sekarang, katanya, semua pihak terutama mereka yang disyaki terkena jangkitan COVID-19 wajar bekerjasama penuh demi keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta orang lain.

“Tolonglah patuh arahan pegawai perubatan bertauliah, pihak hospital dan KKM. Jangan bersikap mementingkan diri, lari dan hilangkan diri kerana tindakan itu menyusahkan serta meletakkan anak buah saya (pasukan Polis Diraja Malaysia) dalam keadaan risiko yang tinggi,” ujar beliau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS