Kuala Lumpur, 8 April 2020 - Individu yang sengaja merakam video atau mengambil gambar ketika penugasan anggota polis di sekatan jalan raya dengan niat untuk memberi persepsi negatif dalam media sosial boleh dikenakan tindakan tegas.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, perbuatan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara bukan suka-suka untuk menyekat pergerakan atau menyusahkan orang ramai.
"Sebaliknya mereka (anggota polis) melaksanakan satu misi yang sungguh suci dengan objektif untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 demi keselamatan orang ramai," katanya kepada BERNAMA di Bukit Aman, di sini, baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
