Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKPB #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PINDA TARIKH SURAT NAK BERAYA LAMA DI KAMPUNG

Alor Setar, 27 Mei 2020 – Orang ramai memberi pelbagai alasan merentas negeri, terutama untuk berhari raya di kampung, sehingga ada yang sanggup meminda tarikh pada surat kebenaran dan ada yang memberikan alasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya terpakai kepada orang Melayu yang menyambut Aidilfitri.

Akibatnya, seorang penjawat awam bersama keluarganya di sini, tidak dibenar meneruskan perjalanan pulang ke Putrajaya selepas didapati meminda butiran pada surat kebenaran merentas negeri yang dikeluarkan sebelum ini.

Lelaki berusia 40-an dan bekerja sebagai kerani itu dipercayai berbuat demikian untuk membolehkan mereka tinggal lebih masa di kampung keluarganya di sini bagi menyambut Aidilfitri.

Difahamkan, dia dan keluarga dibenar pulang ke Kedah sebelum ini dan sepatutnya kembali ke Putrajaya pada 17 Mei lalu, namun meminda tarikh yang tertera pada surat kebenaran kepada kelmarin.

Ketua Polis Kedah, CP Dato' Zainuddin Yaacob, berkata tindakan lelaki itu dikesan apabila dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk memohon surat kebenaran pergerakan rentas negeri dari Pendang ke Putrajaya, kelmarin.

Anggota bertugas mengesan sesuatu mencurigakan pada surat kebenaran dikeluarkan dari Putrajaya, sebelum semakan dilakukan mendapati tarikh tertera sudah diubah.

"Kes diserahkan ke Bahagian Komersial untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan surat kebenaran," katanya.

Terdahulu, sebanyak 3,212 kenderaan diarah berpatah balik kelmarin, berbanding 1,633 kenderaan kelmarin, sehari sebelum itu yang bertentangan dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS