Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKPP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] BAHAYA BERITA PALSU: SEJAHAT-JAHAT MANUSIA...

Sepanjang tempoh negara berusaha mendepani cabaran wabak COVID-19, rakyat berdepan dengan pelbagai cabaran. Langkah kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu membuktikan usaha menyekat penularan wabak COVID-19 dilakukan dengan serius. Hal ini mengundang banyak cabaran dalam hidup rakyat yang terpaksa meneruskan kehidupan dalam suasana norma baharu.

Perubahan hidup yang terpaksa dilakukan secara mendadak tanpa persediaan bukan satu perkara yang mudah. Setiap orang perlu sentiasa mendapat maklumat yang tepat bagi memastikan tindakan yang dibuat tidak melanggar keputusan yang ditetapkan pihak berwajib seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saban hari rakyat mengamati pengumuman yang dibuat oleh kerajaan khususnya KKM bagi mendapat informasi mengenai situasi terkini berkaitan wabak COVID-19. Sungguhpun semua orang berada dalam situasi yang mencabar masih ada segelintir pihak yang menyebarkan berita palsu kepada khalayak masyarakat.

Penyebaran berita palsu dalam keadaan semua orang berada dalam kesusahan merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya perbuatan jahat itu boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.

Penyebaran berita palsu ini boleh dikira sebagai perbuatan khianat kerana pihak yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas informasi yang disebarkan. Golongan seperti ini adakalanya bangga kerana menjadi orang yang pertama mengetahui sesuatu berita lalu menyebarkannya kepada orang ramai sedangkan maklumat itu tidak tepat.

Bacaan lanjut artikel seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/2020/06/5…/sejahat-jahat-manusia

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS