Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKPP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU PEMANDU MABUK: POKOKNYA KESEDARAN DIRI

Kemalangan jalan raya menjadi antara isu kian meruncing di Malaysia. Setiap hari kita membaca di media berkaitan pertambahan bilangan kemalangan jalan raya terutama apabila Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan mulai 10 Jun lalu.

Berdasarkan statistik jumlah kemalangan jalan raya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu bermula 18 hingga 31 Mac lalu, sebanyak 5,498 kes kemalangan direkodkan dengan 58 kematian iaitu kadar kemalangan sehari adalah 392.7 kes.

Kemudian, jumlah itu naik mendadak kepada 738 kemalangan sehari ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa pada 4 Mei. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 5 hingga 12 Mei lalu, jumlah kemalangan jalan raya adalah 5,904 kes, kemudian dari 13 Mei hingga 9 Jun, sebanyak 25,251 kes kemalangan jalan raya direkodkan dengan 231 kematian.

Apabila dikejutkan dengan nahas membabitkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian, sudah pasti rasa bengang, rasa sakit hati muncul mengenangkan nasib keluarga mangsa sama maut atau parah, apatah lagi mengalami kecacatan seumur hidup.

Ada isteri menjadi ibu tunggal, manakala anak pula berstatus yatim dan kehilangan tempat bergantung. Lebih malang, jika si suami yang menjadi satu-satunya pencari rezeki dalam keluarga terkorban angkara pemandu mabuk. Melihat kepada situasi masa kini di Malaysia membabitkan pemandu mabuk, satu mekanisma ke arah penyelesaian perkara ini perlu dicari atau dilaksanakan segera. Sebenarnya, isu kemalangan pemandu mabuk sudah lama di Malaysia, cuma ia dilihat seolah-olah bermusim dan apabila isu timbul, mula hangat dan menarik perhatian termasuk pelaksanaan penguatkuasaan ditambah dan diutamakan.

Mengapa ini terjadi? Adakah kita patut menyalahkan sikap peribadi seseorang atau perkara lain yang membuatkan insiden itu terjadi? Jika kita ingin meramalkan mengapa perkara ini terjadi, kita boleh melihat kepada Teori Tingkah Laku Terancang (Planed Behaviour) daripada Icek Azjen (1985/1991).

Ini bermakna individu itu sendiri memilih untuk mabuk dan memandu dalam keadaan mabuk serta pengaruh kawan dilihat mengapa mereka atau individu ini mabuk. Kegiatan mabuk adalah berkumpulan apabila berjumpa rakan/kekasih/ahli keluarga sama ada di disko, pub, bar serta kedai kopi. Mereka melepak sambil minum arak berlebihan tanpa dipaksa dan apabila sudah lama akan lupa batasan, lalu mabuk melampau dan apabila pulang ke rumah sama ada menaiki kereta atau motosikal mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.hmetro.com.my/…/…/593300/pokoknya-kesedaran-diri

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS