Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [ARTIKEL PILIHAN] OP BENTENG: SEORANG LAGI TEKONG DARAT DITAHAN

Sungai Petani, 25 Jun 2020 - Seorang lagi lelaki tempatan dipercayai tekong darat yang dikatakan menguruskan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Kelisa, di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan pada 9.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, SAC Tuan Sapii Ahmad berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat dan risikan dilakukan.

Beliau berkata, hasil serbuan pihaknya mendapati rumah itu didiami empat warga Myanmar berusia antara 24 hingga 34 tahun.

"Mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Tuan Sapii berkata, lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 26(a) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1963.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/seorang-lagi-tekong-darat-ditah…

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS