Kuala Lumpur, 5 Julai 2020 - Polis mempertingkat rondaan serta pemantauan di kawasan paya bakau di seluruh negara, dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, Pasukan Gerakan Am digerakkan bagi melaksanakan operasi di semua lokasi yang dikenal pasti, termasuk di kawasan paya bakau.
“Lokasi mereka (sindiket) sentiasa berubah, kerana mereka tidak mahu dikesan pihak berkuasa, namun pihak polis sentiasa pantau kegiatan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin kini menjadikan kawasan paya bakau di Selangor, sebagai lokasi transit untuk mereka masuk dan keluar dari negara ini.
Jumaat lepas, 84 pendatang tanpa izin ditahan di kawasan paya bakau di Tambak Jawa, Selangor, ketika menunggu sebuah bot untuk membawa mereka menyeberangi sempadan negara.
Bacaan lanjut di pautan akhbar terbitan Bernama seperti berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1857477
Sumber: BERNAMA
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN