Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS LUPUS DADAH RM15 JUTA


Seberang Perai, 11 Ogos 2020 - Polis Pulau Pinang melupuskan sebanyak 472.75 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM15 juta yang dirampas di negeri ini sejak 2008 hingga 2018.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Sahabudin Abd. Manan berkata, rampasan itu adalah hasil serbuan ke atas makmal memproses dadah dan daripada tangkapan 23 individu.

“Selain itu, 472.75 kilogram Kafein, 101,819 mililiter cecair bahan kimia, 13,000 kilogram Bentonite dan 153 peralatan yang digunakan untuk membuat dan memproses dadah turut dilupuskan.

“Proses pelupusan dadah akan dilaksanakan oleh Pusat Kualiti Alam,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, di Stor Berpusat Kontinjen, Seberang Perai Utara di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata polis menumpaskan empat sindiket makmal dadah haram bagi tempoh Januari sehingga Julai lalu.

Katanya, pihaknya turut merampas 460.31 kilogram pelbagai jenis dadah tradisional dan sintetik, 67,190 pil Ektasi, 5,895.6 liter ketum dan kodien, empat batang pokok ganja dan 530.65 kilogram daun ketum bernilai RM7.7 juta.

Sumber: Kosmo

Image may contain: one or more people and people standing, text that says 'Polis lupus dadah RM15 juta SEBERANG PERAI Pinang melupuskan sebanyak 472.75 kilogram jenis bernilai yang dirampas hingga2018 Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Manan berkata rampasar adalah serbuan makmal memproses tangka- 23individu 'Selain kilogram mililiter cecairb kilogram digunakan memproses dilupuskan. pelupusan akan dadah katanya selepas Pelupusan merasmikan Dadah Jenayah Perai Sementara itu, beliau berka- empat Seberang sindiket Januari sehingga Julai padasidang akhbar Katanya, pihaknya rampas kilogram pelbagai dadah tradisional 67,190 ekstasi, 5,895.6 Seberang dadah semalam akan ketum batang kilogram RM7.7juta. kodien, empat ketum bernilai perkembangan lain, sembilan sindiket'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS