Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JANGAN 'PIJAK' NEGARA SENDIRI

Ungkapan 'demi agama, bangsa dan negara' kerap disebut rakyat Malaysia. Persoalannya, apakah kita fahami makna di sebalik ungkapan itu?

Adakah kita menggunakan ungkapan ini hanya sebagai penyedap dalam ucapan atau sekadar sebutan di mulut, namun maksudnya hilang begitu sahaja?

Jika dirujuk Rukun Negara, perkara pertama disebutkan ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Ini menunjukkan negara sangat menekankan rakyatnya agar beragama. Agama menjadi tonggak utama Malaysia sebagai negara berdaulat dan bertamadun.

Ini bertepatan ciri sesebuah tamadun, iaitu wujud agama yang menjadi asas atau panduan untuk manusia hidup di muka bumi.

Sebagai seorang beragama, mengapa dikaitkan dengan demi agama? Sebagai warganegara beragama Islam, menjadi tanggungjawab setiap Muslim mempertahankan dan menjaga agamanya agar tidak dipermainkan pihak tertentu yang ingin menjatuhkan Islam di negara ini.

Bacaan penuh seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS