Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: SUSPEK PANAH MONYET, BIAWAK SEDANG DIKESAN

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2020 - Polis sedang mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian penganiayaan terhadap monyet dan biawak yang dikatakan berlaku di Taman Rimba Kiara dekat Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Tuan Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, sehingga kini hanya satu laporan polis diterima oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian sudah dibuat dan tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian (Taman Persekutuan Bukit Kiara) lokasi video penganiayaan haiwan ditularkan.

"Setakat ini belum ada suspek dan tiada sebarang tangkapan yang dibuat oleh pihak polis.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek yang terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Zairulnizam berkata, polis Brickfields meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Safwan di talian 019-3811029.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/suspek-panah-monyet-biawak-seda…

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS