Kota Kinabalu, 25 Ogos 2020 - Seorang anggota polis cedera ditikam ketika cuba menahan 2 penagih dadah di Taman Puri Warisan, Inanam, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Tuan Habibi Majinji berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.35 tengah hari apabila 2 lelaki itu sedang menghisap dadah di bawah tangga di kawasan perumahan itu.
“Sebaik menyedari kehadiran polis, 2 suspek itu terus membuang 2 paket syabu sebelum melarikan diri.
“Bagaimanapun, salah seorang suspek bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah pisau dan terus menyerang anggota polis.
“Seorang lagi suspek merempuh dan menumbuk salah seorang anggota polis yang cuba menahan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seorang anggota polis ditikam suspek pada bahagian lengan dan rusuk kiri ketika pergelutan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.freemalaysiatoday.com/…/anggota-polis-cedera-d…/
Sumber: Free Malaysia Today