Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CABARAN KERJA BUAT INSPEKTOR NURMIEZA CEKAL

“Hari ini peranan dan bebanan tugas polis, sama ada wanita atau lelaki lebih kurang sama. Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam Pasukan.

"Malah, kita boleh lihat ramai pegawai wanita hari ini memegang jawatan penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Justeru, tiada istilah pegawai wanita harus takut dengan segala cabaran," kata Inspektor Nurmieza Kamal, 32, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Menyertai PDRM sejak tahun 2016, cerita Insp. Nurmieza, dia memulakan tugas sebagai polis dengan menggalas jawatan pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor.

Selepas tiga tahun, dia ditugaskan sebagai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman hingga kini.

Dilahirkan sebagai anak seorang anggota polis menyebabkan hasrat untuk menyertai pasukan tersebut begitu menebal dalam dirinya.

"Ayah saya seorang anggota polis. Sejak kecil, saya sudah terbiasa dengan suasana itu memandangkan saya dibesarkan di dalam berek polis.

"Ditambah pula dengan pengaruh daripada drama-drama kepolisan di kaca televisyen seperti Roda-Roda Kuala Lumpur, Gerak Khas dan The Academy.

"Biarpun banyak halangan sebelum berjaya menyertai pasukan ini, namun saya bersyukur kerana hasrat tersebut tercapai," kata anak sulung daripada enam beradik ini.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS