Internet merupakan medium yang membolehkan kita memperoleh pelbagai jenis maklumat, perkhidmatan, sumber rujukan dan lain-lain kemudahan.
Malangnya, terdapat golongan yang menyalahgunakan internet dengan memuat naik kandungan lucah, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu ketenteraman pengguna lain.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti di atas, beberapa tindakan boleh dilakukan bagi menyekat kandungan yang tidak bermoral itu.
Klik pada pautan berikut, http://www.consumerinfo.my/pernahkah-anda-menemui-kandung…/… bagi mengetahui langkah-langkah sewajarnya yang perlu anda lakukan.
Sumber: CONSUMERinfo.my