Perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang (body shaming) adalah satu kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undang-undang.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, undang-undang yang terpakai di Malaysia untuk menangani pelakuan jenayah berkenaan adalah di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
"Mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, manakala kesalahan di bawah Seksyen 509 KK boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun.
"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula, seseorang yang didakwa boleh didenda tidak melebihi RM100," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.
Sumber: Sinar Harian
