Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[ARTIKEL PILIHAN] OP SAMSENG JALANAN: DICEKUP POLIS TANPA SEMPAT JOLI DUIT PERTARUHAN LUMBA HARAM

Kemaman, 26 September 2020 - Hasrat sekumpulan lelaki untuk menjolikan wang kemenangan pertaruhan lumba haram berjumlah RM4,000 terbantut apabila diberkas polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Pantai Timur di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya berjaya mengesan kegiatan terbabit kira-kira jam 12.25 tengah malam membabitkan perlumbaan motosikal Yamaha 125zr di antara dua lelaki.

Menurutnya, kedua-dua penunggang motosikal terbabit dikesan berlumba dengan melakukan aksi 'superman' selain melawan arus bermula dari Kilometer (KM) 250 hingga KM249 sebelum salah seorang daripadanya berjaya diberkas manakala seorang lagi telah melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya.

"Pasukan operasi JSPT Bukit Aman kemudian juga turut menahan lima lagi lelaki yang disyaki bersubahat dan berperanan sebagai penganjur, penyimpan wang pertaruhan dan orang tengah.

"Tidak lama kemudian, lapan buah kereta telah dikesan memandu secara melawan arus sebelum kesemua pemandu terbabit dipercayai adalah penonton berjaya ditahan di lokasi berhampiran," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/…/Tak-sempat-joli-duit-perta…

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS