Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] KES TEMBAK DEPAN SEKOLAH: POLIS TAHAN 12 AHLI GENG 21

Banting, 27 September 2020 - Seramai 12 individu dipercayai ahli Geng 21 ditahan polis susulan kejadian ahli perniagaan dan pengawal peribadi ditembak di Jalan Sultan Abdul Samad, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Tuan Azizan Tukiman berkata, semua suspek berusia antara 26 hingga 36 tahun ditahan dalam operasi khas sejak semalam hingga pagi tadi di sekitar Banting, Sungai Emas, Sungai Jarom dan Telok Panglima Garang.

"Kami percaya 12 individu ini sebahagian daripada ahli kongsi gelap Geng 21 dan buat masa ini, polis masih mengesan saki-baki mereka yang dipercayai menjadi ahli kumpulan haram ini.

"Semua tangkapan kini direman empat hari sehingga selasa depan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, Tuan Azizan berkata, lima kesan tembakan mengenai pengawal peribadi yang diserang dua lelaki bermotosikal di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Datok di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, text that says '一 r cemas depan sekolah BIDIK 9 DAS TEPI SEKOLAH witen llaran Pembunuh upahan TAHAN 12 AHLI GENG 21 Suspek direman bantu siasatan kes pengawal peribadi, ahli perniagaan ditembak Oleh Norzamira Che Noh Ampuan Rahimah (HTAR) am@hmetro.com.my Klang individu Banting individu di- Geng susulan ditahan kejadian Kita percaya individu sebahagian daripada ahli gelap Geng dan buat នប dipercayai menjadi ahli kumpulan haram ting. Azizan Tukiman Selasa depan membantu katanya LAPORAN semalam individu saki dipercaya an Datok reman empat em sehingga meriksaan Hospital lengku lelaki percavai ditem- individu yang sebuab motosikal.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS