Kuantan, 29 September 2020 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah, ubat batuk, daun dan air ketum bernilai lebih RM1.8 juta yang dirampas sepanjang 2000 hingga 2019.
Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato’ Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada barang kes yang dilupuskan itu, sebanyak 46.8 kilogram melibatkan pelbagai jenis dadah termasuk Syabu, Heroin, Kanabis, Ketamin, Pil Ekstasi dan Yaba.
Turut dilupuskan sebanyak 3,462 liter air ketum, 39.5 kilogram daun ketum dan 651 liter ubat batuk.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian