Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENUNGGANG BASIKAL TIDAK TERLEPAS TINDAKAN UNDANG-UNDANG, JSPT KELUAR 222 SAMAN

Kuala Lumpur, 30 September 2020 - Pengguna basikal di negara ini tidak terlepas daripada tindakan saman lalu lintas sekiranya mereka didapati menunggang tanpa mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Buktinya, dalam tempoh dua tahun ini sahaja sejak 2019 sehingga Ogos lalu, sebanyak 222 saman dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di seluruh negara terhadap penunggang basikal.

Antara kesalahan ialah basikal tidak mempunyai brek dan loceng, menunggang secara bersaing serta melanggar undang-undang lalu lintas.

Pengarah JSPT Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias memberitahu Utusan Malaysia, daripada jumlah saman itu, sebanyak 145 kompaun dikeluarkan pada 2019, manakala bakinya pada awal tahun ini sehingga Ogos lepas.

"Kesemua mereka yang disaman boleh didenda tidak lebih RM2,000 mengikut kesalahan penalti am dan dibaca di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS