Kuala Lumpur, 1 Oktober 2020 - Pertengkaran dan selisih faham di tempat kerja punca kejadian bunuh banyak dilaporkan di negara ini.
Bagaimanapun, lebih 50 peratus lagi kejadian bunuh tidak dapat dikenal pasti motifnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed berkata, sebanyak 5,608 kes pembunuhan direkodkan dengan membabitkan 5,542 individu menjadi mangsa bunuh dalam tempoh 11 tahun, sejak 2009 hingga tahun lalu.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, 3,453 adalah mangsa bunuh warga tempatan dan 2,089 bukan warganegara.
"Polis turut berjaya menahan 9,398 individu terbabit kes bunuh membabitkan warga tempatan dan warga asing.
"Kebanyakan kes bunuh kerana niat ingin melakukan jenayah bukanlah disebabkan pembunuh upahan," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia
