#PKPP #COVID-19
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada semua pihak agar mematuhi arahan perintah pengawasan kuarantin di rumah bagi membendung COVID-19 daripada terus merebak.
Tan Sri Abdul Hamid berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mana-mana individu yang melanggar perintah pengawasan kuarantin di rumah.
Menurut beliau, semalam seramai 35 individu ditahan manakala 944 lagi dikompaun atas pelbagai kesalahan.
"Ini termasuk pemakai gelang merah jambu yang sepatutnya menjalani kuarantin 14 hari di rumah, namun dikesan keluar ke tempat-tempat awam.
"Kompaun RM1,000 juga turut dikenakan terhadap mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akbar terbitan Utusan Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN