Kebelakangan kini makin ramai yang tertipu dan menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian seperti Macau Scam dan Love Scam. Bukan sahaja mereka yang bekerjaya biasa, malah golongan profesional seperti doktor, pensyarah malah peguam turut menjadi mangsa.
Ketahui lebih lanjut mengenai modus operandi sindiket penipuan tersebut bersama Ketua Penolong Pengarah, Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, SAC Tuan Fazlisyam Abdul Majid seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.