Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SCAM ALERT: STRATEGI BANTERAS JENAYAH SCAMMER

Penipuan dalam talian (online scams) bukan perkara baharu. la telah berlaku di seluruh dunia sejak lama dahulu. Media tempatan telah melaporkan kes-kes penipuan dalam talian ini sejak beberapa tahun lepas.

Anehnya, jenayah kolar putih ini terus terjadi, malah semakin ramai mangsa terjerat dan mengalami kerugian, ada sehingga ratusan ribu ringgit.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menyatakan bahawa nilai kerugian akibat kes jenayah komersil ini mencecah RM6.2 bilion dengan 25,000 kertas siasatan dibuka dari Januari hingga Disember 2019.

Dalam tempoh yang sama, polis telah menahan 15,000 individu di mana 65 peratus kes jenayah itu membabitkan pinjaman tidak wujud, Macau Scam, Love Scam dan African Scam.

Kenapakah masih ramai rakyat di negara ini yang ditipu? Apakah mereka tidak pernah membaca akhbar dan ambil tahu kes-kes penipuan ini?

Apakah mereka rasa diri mereka kebal kerana mereka orang terpelajar dan pasti tidak boleh tertipu oleh scammer ini? Atau apakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka mempercayai janji-janji scammer ini, iaitu ingin cepat dapat duit dan jadi kaya?

Pada Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP (Bersara) Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan bahawa golongan yang menjadi mangsa scammer ini bukannya calang-calang orang.

Kajian menunjukkan bahawa kumpulan scammer ini arif tentang human nature (sifat kemanusiaan) mangsa sasaran mereka. Mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan (apa butang yang perlu ditekan) untuk mempengaruhi tindak tanduk mangsa mereka.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS