Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: KETUA SINDIKET MACAU SCAM, ALVIN AKHIRNYA DIBERKAS

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2020 - Selepas hampir 15 hari menyembunyikan diri, Ketua sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian, Goh Leong Yeong, 32, atau Alvin yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya diberkas awal pagi ini.

Suspek ditahan bersama-sama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang hasil risikan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan mengenai penahanan Alvin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, Alvin ditahan kira-kira pukul 1 pagi ini.

Ujarnya, setakat ini, status wanita yang ditahan bersama suspek masih dalam siasatan. Alvin ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA),” katanya di sini hari ini.

Laporan Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan Alvin dipercayai kembali bersembunyi di ibu negara selepas melarikan diri ke utara tanah air.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/…/2020/10/alvin-akhirnya-diberkas/

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS