Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 9 PEMANDU MABUK DIDAKWA BAWAH PERATURAN BAHARU

Johor Bahru, 28 Oktober 2020 - Johor merupakan antara negeri terawal melaksanakan pendakwaan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang mula dikuat kuasa Jumaat lalu.

Pindaan undang-undang itu menyaksikan sembilan individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.

Mereka sekali gus menjadi antara individu terawal di negara ini yang didakwa mengikut pindaan undang-undang baharu tersebut.

Kesemua pemandu berusia antara 25 hingga 56 tahun didakwa melakukan kesalahan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan pada 23 hingga 25 Oktober lalu di lokasi berbeza sekitar Johor Bahru.

Kesemua individu didapati memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram dalam 100 mililiter darah.

Lapan daripada mereka mengaku bersalah manakala seorang lagi minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asidah A. Rahman.

Nur Asidah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari daripada tarikh sabitan kes dan RM10,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun terhadap tujuh lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.

Sumber: @Utusan M

Image may contain: one or more people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS