Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES PINJAMAN TAK WUJUD, 109 DISYAKI AHLI SINDIKET DITAHAN

Kuala Lumpur, 28 Oktober 2020 - Seramai 109 individu disyaki anggota sindiket pinjaman tidak wujud yang menyebabkan kerugian kira-kira RM43 juta, ditahan sejak awal tahun ini hingga Ogos lalu menerusi Op Seagul di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Zainuddin Yaacob, berkata semua suspek ditahan dalam 13 operasi dijalankan.

Operasi itu dilaksanakan bagi membanteras kegiatan sindiket terbabit yang dilihat semakin berleluasa ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak COVID-19.

"Seramai 58 suspek dituduh di mahkamah membabitkan 28 kes penipuan, manakala 51 lagi masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Mengulas lanjut, Dato’ Zainuddin berkata, suspek berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 120B serta Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya masih giat menjalankan risikan dan siasatan bagi meneruskan operasi ke atas sindiket terbabit.

Dato’ Zainuddin sekali gus mendedahkan, modus operandi sindiket itu ialah menyamar sebagai along dan mengiklankan perkhidmatan mereka dalam media sosial untuk memancing mangsa.

"Selain itu, mereka menawarkan jumlah faedah (pinjaman) lebih rendah." katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai tidak terpedaya sekiranya dihubungi sindiket terbabit, selain membuat pinjaman hanya daripada institusi kewangan yang sah atau berlesen bagi mengelak menjadi mangsa.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS