Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS SIASAT PENCEMARAN ALUR SUNGAI DI BALAKONG

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2020 - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes pencemaran air di alur sungai di Jalan KB 1/10, Kampung Baru Balakong, Kajang, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Dato’ Fadzil Ahmat.

Beliau berkata, siasatan dijalankan susulan laporan dibuat seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar Selangor kelmarin, berkaitan insiden pencemaran itu.

"Pegawai berkenaan membuat pemeriksaan di kawasan itu dan mendapati terdapat minyak hitam terapung dikesan di atas permukaan alur air dari kawasan perumahan ke sungai yang disyaki terdapat unsur sabotaj.

"Kami turut pergi ke lokasi kejadian bersama tiga agensi lain iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Indah Water Konsurtium (IWK) untuk membantu siasatan.

"Beberapa sampel minyak bercampur air turut diambil untuk diuji kandungannya bagi tujuan siasatan dan pendakwaan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS