Kuala Lumpur, 2 November 2020 - Siapa sangka niat mencari rezeki halal di negara luar bagi mengubah kehidupan keluarga bertukar mimpi buruk apabila diri 'diperdagangkan’ bagi pelbagai tujuan terutama melibatkan kegiatan seks serta buruh paksa.
Ini terbukti apabila 5,177 individu dipercayai dieksploitasi untuk kegiatan tersebut sejak 2017 hingga September lalu.
Lebih mengejutkan, terdapat mangsa yang masuk ke Malaysia melalui pintu sah, namun hanya menyedari mereka ditipu sindiket sebaik sahaja tiba di negara ini.
Berdasarkan statistik Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, jumlah tersebut melibatkan 3,624 wanita, 192 lelaki dan 77 individu di bawah umur.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Penolong Pengarah (D3) ATIPSOM, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, kesemua individu tersebut terdiri daripada 1,521 warga Vietnam, Indonesia (1,080), Thailand (891), China (257) dan Filipina (209).
Polis Diraja Malaysia komited membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Laporkan sebarang aktiviti jenayah ini dengan menghubungi hotline di talian 03-2610 1519.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.
Sumber: Utusan Malaysia