Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ‘BOLEH KRITIK, JANGAN FITNAH’- KP JOHOR

Johor Bahru, 24 November 2020 - Polis Johor sedia mengambil tindakan terhadap pihak atau individu yang memfitnah dengan membuat kenyataan sehingga menimbulkan kegusaran, sekali gus mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya mendapati ada video dimuat naik seorang lelaki dikenali K Haridas menerusi laman Facebook Defend People's Rights Group didakwa berniat mencabar integriti beliau serta Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Katanya, individu terbabit mendakwa KPN tidak berintegriti serta menuduh beliau menggunakan agama untuk mencari nama.

"Kritikan pada saya itu biasa, tiada masalah, tetapi jangan buat fitnah dengan kenyataan yang boleh timbulkan kegusaran. Itu saya tidak boleh terima dan akan ambil tindakan," katanya di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/boleh-kritik-tapi-jangan-fitnah…

Sumber: Harian Metro


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS