Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SATU KENDERAAN LESAP SETIAP 17 MINIT

Kuala Lumpur, 9 Disember 2020 - Sebanyak 84 kenderaan termasuk motosikal dilaporkan hilang dicuri setiap hari atau bersamaan satu kenderaan bagi setiap 17 minit.
Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata, pihak polis memandang serius kegiatan sindiket curi kenderaan di negara ini melalui pelbagai operasi dilakukan.
Malah menurutnya, lebih 10 sindiket membabitkan kes curi kenderaan berjaya ditumpaskan polis setiap tahun.
'Kebanyakan sindiket mencuri kenderaan ini bermotif mendapatkan alat ganti kenderaan model lama atau mendapatkan alat ganti untuk kenderaan model baharu. la berikutan faktor harga alat ganti kenderaan baru yang mahal atau model lama yang sukar diperolehi.
Malah sindiket turut menyasarkan kenderaan mewah yang dicuri untuk diseludup ke luar negara melalui pelabuhan dan sempadan di utara dan selatan tanah air," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro berikut.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS