Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita sadis kes kematian bekas Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dalam kejadian samun di rumahnya, di Kuala Lumpur.
Kurang 24 jam selepas kejadian, pihak polis berjaya mengesan suspek. Kepantasan itu hasil kerjasama Bahagian Bantuan Teknik (D6), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman. Mereka bertanggungjawab menghasilkan lakaran awal wajah suspek berdasarkan maklumat pengadu, mangsa dan saksi.
Persoalannya, sejauh mana bahagian ini membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha cegah jenayah? Bagaimana mereka boleh melakar wajah suspek tanpa maklumat lengkap?
Bagi menjawab persoalan ini, ikuti temu bual Utusan Malaysia bersama Ketua Penolong Pengarah D6 JSJ Bukit Aman, ACP Puan Suryani Sungit.
Bacaan lanjut seperti di akhbar terbitan Utusan Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia