Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TREND ‘KELDAI DADAH’ TURUN

#PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs

Petaling Jaya, 17 Disember 2020 - Kawalan sempadan udara yang ketat berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia mendorong kepada penurunan penggunaan 'keldai dadah’ oleh sindiket penyeludupan dadah di Asia Tenggara.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah berkata, penurunan itu dikesan hasil perkongsian dilakukan beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Asean Airport Interdiction Task Force (AAITF) bersama 10 wakil negara Asia Tenggara, semalam.

"Sebelum ini, ramai 'keldai dadah' yang dikesan digunakan oleh sindiket untuk menyeludup dadah ke luar negara, namun trend itu dilihat semakin berkurangan susulan kawalan ketat pihak berkuasa terhadap pintu masuk negara masing-masing berikutan penularan COVID-19.

"Kini, sindiket ini dikesan menyeludup dadah melalui kurier, pos dan kargo kerana kaedah berkenaan tidak membabitkan ramai pihak.

"Pada masa sama, ada juga sindiket yang menjalankan urus niaga (seludup dadah) menggunakan “dark web” serta media sosial," katanya pada sidang media di sebuah hotel, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro berikut.

Sumber: 
Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS