Pasir Puteh, 18 Disember 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali merampas sebuah kapal pengangkut bersama tiga buah tangki mengandungi 70,231 liter diesel tanpa permit di sebuah jeti dekat Tok Bali, di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 9 malam itu, PPM Wilayah Tiga Tok Bali turut menyita pelbagai peralatan bernilai RM1.6 juta yang digunakan untuk kegiatan tersebut.
Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Tuan Norzaid Muhammad Said berkata, pihaknya menahan tiga kru kapal warga Indonesia dan enam lelaki tempatan, masing-masing berusia antara 25 hingga 41 tahun.
Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati sebuah kapal disyaki telah membuat pemindahan minyak diesel dari tangki kapal menggunakan paip getah tanpa permit yang sah.
"Daripada keterengan lisan kapten kapal itu, dia juga mengaku minyak diesel yang dipam ke dalam tangki sebanyak 6,000 liter itu dijual dengan harga RM1 seliter," ujarnya.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.
Sumber: Kosmo