Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: MAT REMPIT 'BERPESTA' DI KAWASAN BANJIR TAKKAN TERLEPAS TINDAKAN – KP TERENGGANU

Kemaman, 22 Disember 2020 - Musim banjir bukan 'tiket' kepada golongan rempit berpesta di kawasan bencana itu dengan melanggar peraturan jalan raya.

Golongan itu juga usah berasa kebal akan terlepas dari tindakan undang-undang walaupun pihak polis masih bertugas membantu mangsa banjir.

Itu peringatan Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Roslee Chik kepada golongan rempit yang masih meneruskan aktiviti tidak berfaedah itu ketika masih berdepan dengan bencana banjir.

Menurut Dato’ Roslee pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah yang dikesan melanggar peraturan walaupun di kawasan kampung.

“Mereka ini dalam musim-musim banjir ni lah mereka nak main motor, tapi SOP kena jaga, undang-undang pun kena patuhi.

“Kalau mereka langgar undang-undang, kita ambil tindakan. (Sama) macam jalan-jalan kampung atau jalan bandar raya, kalau tidak ada lesen kita ambil tindakan”, ujar Dato’ Roslee.

Beliau berkata, pihaknya akan memperketatkan lagi rondaan di kawasan-kawasan yang dinaiki air dalam usaha mencegah golongan remaja khususnya 'mat rempit' daripada terus bermaharajalela dengan aksi mereka.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS