Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PENIPUAN ZAMAN SIBER: ANTARA JAHIL DAN TAMAK

Amalan bertanya atau meminta pandangan orang lain ini membantu menyelesaikan bukan sahaja dalam masalah scam ini sahaja, bahkan kebanyakan perkara dalam segenap kehidupan seseorang apabila semakin canggih teknologi hari ini, maka semakin canggih cara manusia berfikir sehinggakan cara memperdayakan orang lain pun juga canggih. Hal ini dikaitkan dcngan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan tidak bermoral iaitu menipu masvarakat untuk meraih kepentingan diri.

Sebelum ini kecoh apabila tersiar berita dalam negara, bahawa sekumpulan penipu (scammer) ditangkap pihak berkuasa. Sindiket seperti ini adalah bukan yang pertama dalam sejarah Malaysia dan dunia, bahkan sebelum ini banyak berlaku berdasarkan apa yang dilaporkan dalam menerusi berita. Terdapat pelbagai bentuk cara scammer memperdayakan mangsa, akan tetapi yang terbanyak berlaku pada masa kini ialah penipuan (scam) secara dalam talian antaranya seperti Macau Scam, African Scam, Love Scam dan lain-lain.

Ada penganalisis mengatakan Macau Scam ini adalah penipuan yang paling berbahaya. Hal ini kerana kaedah penipuan yang digunakan tersangat halus dan licik. Antaranya scammer cuba melakukan penyamaran dengan mengaku diri mereka sebagai pihak berkuasa seperti pegawai bank, polis, kastam dan lain-lain. Mereka ini akan membuat panggilan telefon secara rawak (random) bagi mengenakan mangsa.

Perkara yang biasa menjadi modal atau bahan mudah untuk memperdayakan mangsa adalah berupa hadiah atau tuntutan kes yang melibatkan saman, tunggakan, cas bayaran tertentu, dan lain-lain; yang perlu diselesaikan oleh mangsa dengan melibatkan pemindahan sejumlah wang kepada mereka. Bagi mangsa yang panik dan takut, biasanya mereka akan segerakan melakukan pemindahan wang tanpa membuat pengesahan bagi mengetahui situasi sebenar. Tambahan pula, watak scammer ini boleh meyakinkan mangsa dengan nada suara dan gaya laras bahasa seolah pihak penguat kuasa yang sebenar.

Ikuti rencana yang berkisarkan penipuan zaman siber, antara jahil dan tamak oleh Encik Nor Asree Mohd Noh, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Pendidikan, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS