Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS BERKAS PENGANJUR LUMBA HARAM DI LPT2

Kuala Lumpur, 30 Disember 2020 - Cubaan dua kumpulan dikenali Geng Kemaman dan Geng Kerteh menganjurkan lumba haram dengan nilai pertaruhan berjumlah RM3,000 tidak kesampaian apabila mereka ditahan dalam serbuan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), Terengganu pada Isnin.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, serbuan dilakukan menerusi Ops Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan dan operasi JSPT Bukit Aman dan Unit EMPV Zon Timur berjaya.

Beliau berkata, dalam operasi itu, polis menahan 10 lelaki berusia 24 hingga 33 tahun.

Menurutnya, operasi bermula jam 10 malam itu pada mulanya mengesan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi Superman di Kilometer 330 LPT 2.

"Penunggang itu kemudian ditahan selepas memberhentikan motosikalnya di belakang sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dinaiki dua lelaki dipercayai berperanan menyelia perlumbaan.

"Pasukan operasi kemudian menahan empat lelaki dalam sebuah kereta Proton Wira disyaki penganjur perlumbaan di hentian rehat Plaza Tol Kerteh.

"Susulan itu, kira-kira jam 3.30 pagi, seorang penunggang motosikal dan dua lelaki menaiki Nissan Navara disyaki terlibat secara langsung dalam kegiatan haram itu turut berjaya diberkas di Plaza Tol Paka," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: 


No photo description available.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS