Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS LUPUS BARANG KES JUDI RM17.77 JUTA

Petaling Jaya, 30 Disember 2020 - Polis melupuskan barang kes perjudian dalam talian bernilai RM17.77 juta yang dirampas sejak tahun 2012 sehingga tahun lalu.

Antara barang yang dilupuskan ialah 756 set komputer, 178 tablet, 967 komputer riba, 12 mesin simulator dan lima telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, barang kes berkenaan membabitkan 207 kertas siasatan yang selesai perbicaraan di mahkamah.

"Selain itu, wang tunai bernilai RM33,182 yang dirampas sepanjang Ops Dadu sejak tahun 2017 hingga tahun lalu turut diserahkan kepada Perbendaharaan Negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Perjudian Online di Balai Polis Ara Damansara di sini hari ini.

Turut hadir Majistret, Tuan Zhafran Rahim Hamzah serta pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Tuan Nik Ezanee juga mengucapkan terima kasih kepada media yang memberi sokongan dalam menaikkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus memupuk kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap tugasan polis," katanya.

Sumber: 


Image may contain: outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS