Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET MACAU SCAM DIREKRUT DI KEMBOJA TUMPAS

Ipoh, 31 Disember 2020 - Sindiket Macau Scam di sini tumpas selepas polis menahan 22 individu termasuk tiga wanita dalam serbuan di sebuah premis pada Selasa. Polis turut merampas dua kereta, 12 pasport dan beberapa peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan itu termasuk tiga komputer riba, 47 telefon bimbit dan 37 set skrip.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, polis menerima 29 laporan kes membabitkan kerugian berjumlah RM360,000. Katanya, siasatan mendapati ahli sindiket berusia 20 sehingga 46 tahun itu adalah warga tempatan.

"Sindiket ini aktif sejak April 2018 dan beberapa individu menjalani latihan seminggu di Laos, Kemboja dan bekerja di negara itu sebelum pulang kerana pandemik COVID-19, Mei lalu. "Pada akhir September lalu, kumpulan ini mula aktif bekerja dengan menerima upah antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan di rumah transit di Menglembu sebelum berpindah ke pusat panggilan penipuan di Taiping.

"Mereka kemudiannya kembali ke Ipoh sebelum ditahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini pada Rabu.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS