Berikut merupakan laluan alternatif yang dikemaskini sehingga 5 Januari 2021 sebagai panduan kepada pengguna jalan raya atau lebuh raya di negeri Pahang bagi mengelakkan terkandas di dalam kawasan yang dinaiki air.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk portal atau media sosial rasmi pihak berwajib bagi mendapatkan informasi terkini dan sahih berkenaan keadaan semasa di kawasan terjejas.
Pandu berhati-hati dan sentiasa patuh pada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.