Putrajaya, 12 Januari 2021 - Tempoh dua minggu bermula 13 hingga 26 Januari ini adalah masa kritikal buat rakyat Malaysia bagi memutuskan rantaian COVID-19 yang semakin serius.
Ke arah mencapai matlamat tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan langkah pencegahan yang lebih tegas melalui pelaksanaan tiga kawalan pergerakan.
Tan Sri Muhyiddin berkata, menerusi kawalan pergerakan tersebut, semua penduduk di seluruh negara tidak dibenarkan merentas negeri yang berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam ini.
"Tempoh dua minggu yang datang ini amatlah penting untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga seluruh negara.
"Semua kebebasan yang kita korbankan ini - terputus hubungan dengan rakan-rakan, berada di dalam isolasi di rumah dan kesukaran untuk melakukan aktiviti sosial di luar akan mampu menyelamatkan nyawa kita semua," kata beliau.
Selain tidak boleh rentas negeri, negeri-negeri yang dikenakan PKP juga tidak dibenarkan rentas daerah kecuali bergerak dalam radius 10 kilometer di kawasan masing-masing bagi membeli barang keperluan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.
Sumber: Utusan Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN