Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: DUA LELAKI BAWA DADAH BERNILAI RM472,500 DITAHAN GUNA JALAN LAUT ELAK SJR


Georgetown, 20 Januari 2021 - Dua lelaki ahli sindiket penyeludupan dadah yang sedang dalam perjalanan membawa Syabu seberat 10.5 kilogram bernilai RM472,500 dari Langkawi ke Pulau Pinang tersesat di laut sebelum ditahan polis pada Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, suspek warga tempatan berusia 52 tahun dan warga Thailand berusia 36 tahun itu mengambil masa selama 10 jam dengan menaiki bot nelayan dari Langkawi sebelum diberkas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Mereka ditahan di kawasan Jeti Nelayan Sungai Gelugor di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong berkata, pemeriksaan di dalam bot nelayan milik lelaki warga Thailand itu menemui satu guni berisi 10 bungkusan minuman teh Cina yang dilekatkan dengan pita pelekat hitam di bawah longgokan pukat.

Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati setiap bungkusan berkenaan mengandungi ketulan kristal disyaki Syabu dengan nilai keseluruhan RM472,500.

"Soal siasat ke atas kedua-dua suspek terbabit mengatakan yang mereka baru pertama kali datang ke Pulau Pinang melalui persisiran pantai dari Langkawi. Tujuan mereka ke sini semata-mata untuk menghantar bekalan dadah kepada pelanggan di negeri ini.

"Laluan laut digunakan sindiket terbabit dipercayai bagi mengelak daripada ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) oleh polis berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, orang menari dan teks

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS