Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS NEGERI SEMBILAN TAMBAH LOKASI SJR

Seremban, 21 Januari 2021 - Polis Negeri Sembilan menambah beberapa lagi lokasi sekatan jalan raya (SJR) terutama di sempadan daerah bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato’ Mohamad Mat Yusop berkata, tindakan itu bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"SJR kekal kita sudah ada 20 lokasi dan mungkin tambah empat atau lima lagi di daerah yang baru diarahkan untuk melaksanakan PKP.

"Setakat ini tiada lagi kenderaan yang diarah patah balik. Tapi tindakan kompaun boleh dikatakan setiap hari ada”, katanya pada sidang akhbar selepas tinjauan di SJR Plaza Tol Seremban-Labu arah utara, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS