Padang Besar, 24 Januari 2021 - Rampasan barangan seludup di negeri ini mencatatkan peningkatan tiga kali ganda iaitu sebanyak RM3 juta sepanjang tiga minggu bulan ini berbanding RM1 juta pada Januari tahun lalu.
Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad berkata, jumlah tersebut melibatkan rampasan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) negeri, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Katanya, bagaimanapun, dari segi jumlah kes pula menyaksikan penurunan sebanyak enam peratus bagi tempoh yang sama.
"Aktiviti penyeludupan ini melibatkan pelbagai barangan termasuk kesalahan melibatkan Akta Kastam 1967, Akta Racun 1952, Akta Makanan 1983 dan sebagainya.
"Jika melibatkan ketum pula, sejak awal tahun sehingga kini, terdapat 12 kes yang merangkumi jumlah keseluruhan rampasan kira-kira 5 tan," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN