Putrajaya, 26 Januari 2021 - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menyuarakan rasa sedihnya kerana sehingga ke hari ini negara masih lagi 'berperang' melawan pandemik COVID-19.
Menurut Tan Sri Noor Hisham, negara masih lagi berperang melawan COVID-19 biarpun sudah memasuki tempoh setahun semalam.
"Saya sungguh sedih kerana kita telah bertahan selama satu tahun melawan COVID-19 di negara ini.
"Pengakhirannya hampir tidak kelihatan. Walaupun kita berdepan keletihan mental dan fizikal, kita semua perlu terus bergerak ke hadapan.
"Setiap orang, tidak kira siapa anda, mesti pikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara bersama-sama", katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.
Sumber: Kosmo Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN