Petaling Jaya, 29 Januari 2021 - Sehingga Isnin lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menolak sejumlah 64,021 permohonan rentas negeri dan daerah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari lalu.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador Bador berkata, daripada jumlah itu, permohonan dari negeri Pahang paling banyak ditolak iaitu sebanyak 18,448.
Menurut beliau, penolakan dibuat ekoran tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PDRM.
"Kebanyakan alasan yang diberikan adalah tidak kukuh dan tidak munasabah. Dalam erti kata lain, kes yang bukan melibatkan hal-hal kecemasan.
"Contoh alasan yang diberi seperti mahu makan angin, pergi ziarah kawan-kawan, mahu pergi tengok rumah dan seumpamanya," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jelas beliau, keseluruhan permohonan yang diterima di seluruh negara adalah sebanyak 795,842 dan 92 peratus daripadanya mendapat kelulusan PDRM.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN