Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: SENOI PRAAQ BERINTEGRITI TINGGI, DIGERUNI PENYELUDUP

Kuala Lumpur, 30 Januari 2021 - Mereka tidak gentar akan sebarang ancaman malah amat berkemahiran dalam ilmu hutan, amanah dan setia dalam menjalankan tugasan demi keselamatan negara.

Itulah ‘Orang Perang’ atau Senoi Praaq yang sentiasa menunjukkan kepatuhan konsisten tanpa kompromi terhadap prinsip, nilai moral dan etika yang tinggi.

Senoi Praaq merupakan unit dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) terdiri daripada Orang Asli yang memiliki integriti, semangat berpasukan tinggi dan penugasan mereka di kawasan sempadan negara mampu menggerunkan penyeludup.

Perkara ini diakui Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Seri Abd Rahim Jaafar bahawa Pasukan Senoi Praaq ini apabila berdepan dengan penyeludup di sempadan negara, mereka tidak akan memberi muka kepada musuh.

“Sebab itu, PDRM gunakan kemahiran Senoi Praaq ini supaya kita dapat mengekang keadaan penyeludupan negara. Apa yang kami sangat bimbang adalah penyeludupan melibatkan dadah dan senjata api masuk ke Malaysia,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di Bukit Aman, di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1926986

Sumber:
BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS