Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: NATIONAL TASK FORCE SIAP SIAGA USIR PELARIAN

Kuala Lumpur, 30 Januari 2021 - Pasukan National Task Force (NTF) bersiap siaga di perairan Selat Melaka, bagi mengusir lebih 200 pelarian Rohingya yang disedari hilang daripada kem pelarian di Lhokseumawe, Aceh, Indonesia, Sabtu lalu yang mana berdasarkan maklumat, pelarian berkenaan dipercayai sedang menuju ke Malaysia.

Komander National Task Force, Komander NTF, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan Abdullah, berkata pihaknya tahu situasi di Lhokseumawe, Aceh dan mempertingkatkan kawalan di perairan negara.

"Pendekatan kita sekiranya bertembung dengan kumpulan pelarian ini adalah langkah pencegahan iaitu mengusir mereka keluar dari memasuki perairan negara, sekali gus mengekang kemungkinan penularan pandemik COVID-19 kepada rakyat negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Laksamana Madya Dato’ Aris Adi Tan berkata, maklumat perisikan NTF mendapati ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) sama ada secara individu atau berkumpulan sedang bersedia masuk negara ini.

Hasil maklumat perisikan di lapangan dan juga laporan yang diterima menyatakan terdapat peningkatan pergerakan terutama pelarian Rohingya, PATI dari Thailand, Vietnam, Myanmar dan Bangladesh sedang menunggu masa sesuai masuk Malaysia sama ada menerusi laut atau laluan darat.

Sehubungan itu, katanya, penugasan Operasi Benteng (Op Benteng) kini dilakukan dengan pendekatan strategi yang lebih aktif dan agresif.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'ALAYSIA 1223 National Task Force siap siaga usir pelarian Usaha sekat lebih 200 Rohingya 'hilang' di kem pelarian di Aceh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my Lumpur: Pasukan Natio- ma antarabangsa Maritim Malaysia aktiviti penyeludupan migran individu perairan Perak, kelmarin. Zam/BH) gi S Pendekatan kita sekiranya bertembung kumpulan adalah langkah pencegahan, mengusir mereka keluar perairan negara. Abdullah, Komander National Tentera Kawalan 'Malah NTF mela- pBen- Force'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS