Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: “DARK WEB” SEBAGAI PLATFORM EDAR DADAH, TREND TANAM DAN SALAH GUNA GANJA MEMBIMBANGKAN

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs

Petaling Jaya, 31 Januari 2021 - Tidak dapat membeli bekalan dadah sintetik, penagih kini beralih kepada Ganja terutama bagi individu yang terjejas kehidupan akibat pandemik COVID-19 kerana harganya lebih murah.

Trend tersebut terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, mengesan berlaku peningkatan tangkapan membabitkan kesalahan berkaitan Ganja dan menanam Ganja di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952, bermula tahun 2019.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Razarudin Husin berkata, kawalan ketat sempadan negara berikutan penularan COVID-19 menyebabkan aktiviti penyeludupan dan pengedaran semua jenis dadah melalui pintu-pintu sempadan merosot.

Bagaimanapun, kata beliau, apa yang membimbangkan sekarang apabila JSJN mengesan wujudnya laman dagang elektronik (e-dagang) di pasaran gelap atau dikenali sebagai “dark web” yang dijadikan platform aktiviti pengedaran dadah termasuk pokok dan benih Ganja terus dilakukan dengan mudah dibolosi ke negara ini.

"Laman-laman web ini turut menawarkan produk-produk haram lain termasuk pelbagai jenis dadah untuk memenuhi pasaran dunia”, katanya kepada Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN 

Image may contain: 1 person

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS